Blogger Templates
My Pleasure...

Monday, September 5, 2011

Allahyarham Noramfaizul Mohd Nor

Al-Fatihah disedekahkan kepada Allahyarham Noramfaizul Mohd Nor yang kembali ke rahmatullah ketika menjalankan tugasnya. Salam takziah kepada seluruh ahli keluarga Allahyarham. Apa yg terjadi tidak dapat diungkapkan dengan kata-kata. Hanya perasaan sedih yang teramat dapat digambarkan apabila ditinggalkan orang yg tersayang. Begitulah hukum-Nya. Setiap yang hidup PASTI akan mati, yang membezakan hanyalah bagaimana cara kita dijemput-Nya. Semoga rohnya ditempatkan dikalangan orang2 yang beriman. Amin...

Dalam kegembiraan umat islam menyambut Aidilfitri yang Mulia ini, seluruh ahli keluarga arwah meratapi pemergian insan yang tersayang. Allahyarham meninggal dunia ketika beliau dan sembilan lagi wakil media dalam perjalanan pulang ke hotel selepas membuat liputan bantuan kemanusiaan untuk rakyat Somalia, dimana kenderaan pacuan 4 roda yang dinaiki arwah terkena tembakan curi ketika berada kira-kira 200 meter dari hotel tempat mereka menginap.

Ayah kpd arwah En. Mohd Nor Mat Yassin, bangga dengan pengorbanan anak lelaki tunggal daripada lima beradik itu bagi membantu mangsa kebuluran di Somalia. Apa yang lebih membanggakan ialah apabila Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menganggap anaknya sebagai wira negara kerana bersedia bertugas di luar negara, khususnya negara yang bergolak.


Sekali lagi, takziah kepada seluruh keluarga Allahyarham dan Al-Fatihah buatnya semoga rohnya dicucuri rahmat. Amin..



No comments:

Post a Comment