Blogger Templates
My Pleasure...

Monday, September 19, 2011

Hantu Bonceng...

Assalamualaikum..


Sebenarnya kalau nk diikutkan bnyk entry nk post nih, nk dipendekkan citer la...lynnaz citer 1 @ kira2 summary la ni. PART 1 - 1st of all lynnaz nk amik kesempatan untuk wish to my BELOVED HUSBAND, En Mohd Arif B Mansor (HAPPY BELATED BIRHTDAY) walaupun dah lepas couples of weeks ago...jgn ingat we all x celebrate, we celebrate tau!! siap ade surprise gift lagi..we (includes my 2 princess & the 1 and only prince) pergi makan kat Restoran Italees di Bdr Baru Bangi. Mintak mahap coz x de pic nk disharekan ngan readers. The food lynnaz consider boleh tahan la (menu order by us our r the hot plate + nasi goreng) & the enviroment plak quit cozy for a family like us. Ok that the end of part 1. Part 2 plak, on the 15.9.2011 we (myself & husband) spend the entire day together2. Kalau diikutkan part 2 ni untuk celebrate our wedds anniversary yg ke 12. Wahhhh lama tuh (macam2 dugaan yg kulalui bersama)...orang tua2 kata sedangkan lidah lagi tergigit inikan pula suami isteri...(cam lagu allahyarhamah saloma la plak)...ok2 back to my entry, that day kitorang spend entire days tgok movies. Almaklumlah bila ada anak kecik masa utk together2 very limited. Selalunya kalau outing pon mesti ngan anak2. That day both of us make used it very wisely since x tau bila dapat cuti sesama lagi. We've booked movies ticket, Hantu Bonceng kat MINES. Hahahaha...kelakar giler. Zizan u r the best lah...x kering gusi both of us tgok citer tu since banyak scene yg memang kelakar sangat...habis 1 movie dh menjelang tengah hari, kitorang lunch SUBWAY jek. Memandangkan komitmen ngan anak2 thats the ONLY day yg kitorang spend together. Lepas ni ade lagi...cuma nk kene plan je utk both of us amik cuti sesama. habis makan pon dh dekat jam 3 lebih, we decide untuk balik umah my mothers house since anak2 sekolah kat situ. Cukup time, jemput my girls balik sekolah agama & pick up my little prince kat umah babysitter & heading back to our house kt Bangi. To complete the night all of us skali lagi outing, kali ni my family pegi makan kat San Francisco. Fuhh, terbaeekkkk, menu diorang memang superb. Ini ala2 celebrate my hubby nya birthday + our wedding anniv lah...For closing to this entry, lynnaz nk wish thank you, sekiranya ade readers yg sudi membaca entry lynnaz kali ni. Sampai jumpa di lain entery ekk...bye2

Wednesday, September 14, 2011

Days to REMEMBER....Eid 2011


Eid Fitri 2011...

All of us gathered at my sister in-laws house at Bdr Tun Razak, Cheras on the 1st day of Eid Fitri this year. This are some of the photos taken by my nephew Shafiq (credit to shafiq). Wish this moment will be the same of next year Eid Fitri 2012...(Insyaallah)...




































Monday, September 12, 2011

Weekend...

Muffin Coklat Lembab, keje aku hujung minggu lepas. Saje nk habiskn saki-baki bahan2 buat biskut hari tu. Very de sedapppp.... siap bawak gi opis lagi. Kengkawan suh pi jual kat cafe opis nih! Ade ke orang nk beli?? Silap2 tuan punya yg bli sendiri..hehehehe. Anak2 siap bawak gi sekolah & promote kat kengkawan. Jgn x caya, yg bli pon ade ko!! Kak Ngah siap jual kat kengkawan. Dapat 8 hinggit lagii....(kalu camni buleh wat biznes)..Si kakak bukan biznez minded so dia bawak tuk dia mkn sendiri jek...Si adik @ kak ngah biznez minded, kalau ade je yg ibu dia buat baik biskut ke, kek ke, sume2 dia kta "ibu, ape kata kite jual nak"?..camtulah anak yg no. 2...ade yg nk ORDER?? hahaha...



Monday, September 5, 2011

Allahyarham Noramfaizul Mohd Nor

Al-Fatihah disedekahkan kepada Allahyarham Noramfaizul Mohd Nor yang kembali ke rahmatullah ketika menjalankan tugasnya. Salam takziah kepada seluruh ahli keluarga Allahyarham. Apa yg terjadi tidak dapat diungkapkan dengan kata-kata. Hanya perasaan sedih yang teramat dapat digambarkan apabila ditinggalkan orang yg tersayang. Begitulah hukum-Nya. Setiap yang hidup PASTI akan mati, yang membezakan hanyalah bagaimana cara kita dijemput-Nya. Semoga rohnya ditempatkan dikalangan orang2 yang beriman. Amin...

Dalam kegembiraan umat islam menyambut Aidilfitri yang Mulia ini, seluruh ahli keluarga arwah meratapi pemergian insan yang tersayang. Allahyarham meninggal dunia ketika beliau dan sembilan lagi wakil media dalam perjalanan pulang ke hotel selepas membuat liputan bantuan kemanusiaan untuk rakyat Somalia, dimana kenderaan pacuan 4 roda yang dinaiki arwah terkena tembakan curi ketika berada kira-kira 200 meter dari hotel tempat mereka menginap.

Ayah kpd arwah En. Mohd Nor Mat Yassin, bangga dengan pengorbanan anak lelaki tunggal daripada lima beradik itu bagi membantu mangsa kebuluran di Somalia. Apa yang lebih membanggakan ialah apabila Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menganggap anaknya sebagai wira negara kerana bersedia bertugas di luar negara, khususnya negara yang bergolak.


Sekali lagi, takziah kepada seluruh keluarga Allahyarham dan Al-Fatihah buatnya semoga rohnya dicucuri rahmat. Amin..



Kerja, kerja, kerja....

Assalamualaikum,

1st day kerja setelah bercuti panjang bagi menyambut Aidilfitri. Mood? Op kos still raya mood....wakakaka....ni pun tengah amik feel keje balik. Camana raya u olls tahun ni?? OK ke KO?? Poket plak cane?? kering?? ish ish ish.....tulah sebelum raya sume nak TUKAR, skrg? x kan nak wat pose 6 kottt......hehehe. Pada sesiape yg dah mula puasa 6 tu alhamdullillah.....kiter lom lagi rrr....sok luse kot. Insyallallah. Jeng jeng jeng....cer kenen-kenen sikit kat bebudak, yelah diorang ni lah yg tengah KAYO!!! sebut je, RM 1, RM 5, RM 10, RM 50 silap2 RM 100 po diorang ade tau!! Mesti dah ade yg dapat invite untuk dtg open house kan....datang jgn x datang...oklah till we meet again with another post from me....As-Salam. Peace No WAR!!

Friday, August 26, 2011



*** S E L A M A T H A R I R A Y A A I D I L F I T R I ***

<< Lailatul Qadr>>

> 10 akhir Ramadhan adalah merupakan di antara malam-malam yang penuh dengan keberkatan dan kelebihan yang tertentu. Malam-malam ini adalah merupakan malam yang ditunggu-tunggu oleh seluruh orang mukmin. Bulan Ramadhan, Al Quran dan malam Lailatulqadar mempunyai hubungan yang rapat antara satu sama lain sebagaimana yang diterangkan di dalam kitab Allah dan hadis Rasulullah s.a.w. di antaranya firman Allah s.w.t.
Maksudnya: "Sesungguhnya kami menurunkan Al-Quran pada malam Lailatulqadar dan apakah yang menyebabkan engkau mengerti apa itu Lailatulqadar. Lailatulqadar lebih baik daripada 1000 bulan. Pada malam itu, para malaikat dan Jibril turun dengan keizinan daripada Tuhan mereka untuk setiap urusan. Malam ini sejahtera hingga terbit fajar".



>Lailatulqadar mempunyai kelebihan yang begitu besar. Ianya lebih baik dari 1000 bulan yang lain. Sebab diturunkan ayat tersebut diriwayatkan daripada Mujahid dikatakan sebab turun ayat tersebut ialah Nabi s.a.w. telah menyebut tentang seorang lelaki daripada Bani Israel yang telah menggunakan alat senjatanya untuk berperang pada jalan Allah maka orang Islam pun kagum di atas perbuatan itu lalu Allah menurunkan ayat di atas. Riwayat yang lain pula dari Ali bin Aurah pada satu hari Rasulullah telah menyebut 4 orang Bani Israel yang telah beribadah kepada Allah selama 80 tahun. Mereka sedikitpun tidak derhaka kepada Allah lalu para sahabat kagum dengan perbuatan mereka itu. Jibril datang memberitahu kepada Rasulullah bahawa Allah w.s.t. menurunkan yang lebih baik dari amalan mereka. Jibril pun membaca surah Al Qadar dan Jibril berkata kepada Rasulullah ayat ini lebih baik daripada apa yang engkau kagumkan ini menjadikan Rasulullah s.a.w. dan para sahabat amat gembira. Daripada ayat di atas dapatlah kita ketahui bagaimana besar kelebihan orang yang beribadah pada malam lailatulqadar. Ianya satu malam menyamai beramal 1000 bulan.
Dalam hadis Rasulullah s.a.w. menyebut , maksudnya: "Rasulullah bersungguh-sungguh beribadah pada 10 akhir bulan Ramadhan lebih daripada yang lainnya".
Rasulullah s.a.w. melakukan ibadah pada malam itu bukan hanya setakat baginda sahaja tetapi baginda menyuruh ahli keluarga bangun bersama beribadah. Kata Aisyah r.a.
Maksudnya: "Nabi s.a.w. apabila masuk 10 akhir bulan Ramadhan baginda mengikat kainnya. Menghidupkan malam dengan beribadah dan membangunkan keluarganya untuk sama-sama beribadah. Mengikat kainnya bermaksud bersungguh-sungguh mengerjakan ibadah."


> Kelebihan Menghayati Malam Lailatulqadar
Kerana mulianya Lailatulqadar, Rasulullah s.a.w. menganjurkan supaya umatnya bersedia menyambut dan menghayati malam yang berkat itu dengan pelbagai jenis amalan dan ibadah yang diterangkan di antaranya hadis yang diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a.
Maksudnya: "Barangsiapa menghayati malam Lailatulqadar dengan mengerjakan sembahyang dan berbagai jenis ibadat yang lain sedang ia beriman dan mengharapkan rahmat Allah taala nescaya ia diampunkan dosanya yang terdahulu.
Rasulullah s.a.w. sendiri menjadi contoh yang baik yang menghayati malam lailatulqadar terutama 10 malam yang akhir daripada bulan Ramadhan dengan beriktikaf di Masjid mengerjakan pelbagai amal ibadah untuk menyambut malam Lailatulqadar yang mulia.
Ini diterangkan di dalam satu hadis diriwayatkan daripada Aishah r.a. Katanya:
Maksudnya: "Biasanya Rasulullah s.a.w. berusaha dengan bersungguh-sungguh memperbanyakan amal ibadah pada 10 malam yang akhir daripada bulan Ramadhan berbanding dengan masa yang lain."
Dalam hadis yang lain Aishah juga meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda bersedialah dengan bersungguh-sungguh untuk menemui malam Lailatulqadar pada malam-malam yang ganjil dalam 10 malam yang akhir daripada bulan Ramadhan. Malam-malam yang ganjil yang tersebut ialah malam 21, 23, 25, 27 & 29 dari bulan Ramadhan. Dalam pada itu terdapat juga beberapa hadis yang menyatakan bahawa malam Lailatulqadar itu pernah ditemui dalam zaman Rasulullah s.a.w. pada malam 21 Ramadhan. Pernah juga ditemui pada malam 23 Ramadhan. Terdapat juga hadis yang mengatakan bahawa baginda Rasulullah s.a.w. menjawab pertanyaan seorang sahabat yang bertanya mengenai masa Lailatulqadar supaya ianya bersedia dan menghayatinya. Baginda menjelaskan malam Lailatulqadar itu adalah malam 27 Ramadhan. Dari keterangan-keterangan di atas dapatlah kita membuat kesimpulan bahawa malam Lailatulqadar itu berpindah dari satu tahun ke satu tahun yang lain di dalam lingkungan 10 malam yang akhir dari bulan Ramadhan. Yang pastinya bahawa masa berlakunya malam Lailatulqadar itu tetap dirahsiakan oleh Allah s.w.t. supaya setiap umat Islam menghayati 10 malam yang akhir daripada Ramadhan dengan amal ibadat. Kerana dengan cara itulah sahaja mudah-mudahan akan dapat menemuinya dan dapat pula rahmat yang diharapkan yang akan menjadikan seseorang itu hidup bahagia di dunia mahupun di akhirat.


> Doa khusus di Malam Lailatulqadar
Doa tersebut diterangkan di dalam hadis berikut
1. Hadis yang diriwayatkan daripada Aishah r.a.
Maksudnya: "Saya pernah bertanya kepada Rasulullah s.a.w. bagimana kiranya saya mengetahui malam Lailatulqadar dengan tepat. Apa yang saya akan doakan pada saat itu. Baginda menjawab berdoalah dengan doa yang berikut"
Maksudnya: "Ya Allah ya Tuhanku sesungguhnya engkau sentiasa memaafkan salah silaf hamba lagi suka memaafkan oleh itu maafkanlah salah silafku. Terdapat juga beberapa doa yang disar ankan oleh para alim ulamak kita melakukannya seperti membaca doa
Orang yang beribadah pada 10 malam yang tersebut akan mendapat rahmat yang dijanjikan dan telah sabit di dalam hadis-hadis yang sahih bahawa malam Lailatulqadar ujud pada salah satu malam yang 10 itu terutama pada malam 21, 23, 25, 27 dan 29. Orang-orang yang tekun beribadah di dalam masa tersebut untuk menemui malam Lailatulqadar akan mendapat rahmat yang dijanjikan itu samada ia dapat menemui atau tidak dan tidak melihat apa-apa kerana yang penting yang tersebut di dalam hadis sahih riwayat Bukhari dan Muslim ialah:

1. Menghayati malam tersebut dengan beribadah.
2. Beriman dengan yakin bahawa malam Lailatulqadar itu adalah benar dan dituntut menghayatinya dengan amal ibadah.
3. Amal ibadah itu dikerjakan kerana Allah semata-mata dengan mengharapkan rahmatnya dan keredaannya.
Adalah diharapkan sebelum daripada kita beramal ibadat di malam Lailatulqadar hendaklah kita bertaubat dengan sebenar-benarnya iaitu taubat nasuha dan terus beristiqamah tetap teguh mengerjakan suruhan Allah dan meninggalkan segala larangannya.

Tanda Malam Lailatulqadar
Para alim ulamak r.h. menyebutkan beberapa tanda atau alamat berhubung dengan malam Lailatulqadar:
- Ada yang berkata orang yang menemui malam Lailatulqadar ia melihat nur yang terang benderang di segenap tempat hingga di segala cerok yang gelap gelita.
- Ada pula yang berkata ia mendengar ucapan salam dan kata-kata yang lain dari Malaikat.
- Ada juga yang berkata ia melihat segala benda termasuk pohon-pohon kayu rebah sujud.
- Ada pula yang berkata doa permohonannya makbul.
Imam Tabari r.h. memilih kaul yang menegaskan bahawa semuanya itu tidak lazim dan tidak semestinya ia dapat melihatnya kerana tidak disyaratkan melihat sesuatu atau mendengarnya untuk menemui malam Lailatulqadar.